Gadis yang pernah bercium dengan nabil kini popular..(8 gambar)
Nama Uqasha Senrose, 21, mungkin masih terlalu baru berbanding adiknya, Nelydia Senrose yang terlebih dulu dikenali sebagai pelakon. Nelydia mula dikenali melalui siri Spa Q dan terbaru, drama bersiri Setia Hujung Nyawa di TV3.
Untungnya bergelar gadis cantik, Uqasha lebih dulu berpeluang berlakon filem apabila diberi kepercayaan membintangi Bencinta berganding pula dengan pelakon popular seperti Nora Danish, Farid Kamil, Fezrul Khan dan Zalif Sidek. Filem arahan Eyra Rahman kini dalam proses penggambaran di Langkawi, Kedah.
Bertemu Uqasha di lokasi Bencinta, katanya, peluang menjadi pelakon datang apabila menyertai keluarga MIG Talent, awal Disember lalu. Uqasha melihat ini sebagai satu platform untuknya melangkah jauh dalam bidang seni dan sanggup melepaskan kerjayanya sebagai pramugari AirAsia pada November lalu untuk mencuba sesuatu yang diminati.
“Sebelum ini ada tawaran dari MIG Pictures tetapi ketika itu saya tidak dapat terima kerana masih bekerja. Saya tolak dengan baik untuk memberi masa berfikir panjang. Lebih kurang dua bulan saya fikirkan untuk terima atau tidak tawaran itu. Selepas berbincang dengan keluarga, akhirnya saya terima,” katanya memulakan cerita.
Uqasha yang mempunyai wajah seiras Nelydia mengakui tidak menyimpan perasaan cemburu apabila nama adiknya lebih dikenali. Katanya, dia bangga apabila orang mengenali adiknya dan kini gilirannya pula.
“Memang saya ada menyimpan hasrat untuk bergelar pelakon. Tidak seharusnya saya cemburu dengan pencapaian adik kerana itu semua rezeki masing-masing.
“Nely menyokong kuat keinginan saya menjadi pelakon dan banyak membantu dari segi lakonan. Dia sering berkongsi cerita dan pengalaman sebagai pelakon. “Dari situ saya belajar banyak benda. Saya tidak mahu berlakon tanpa ilmu dan untuk berjaya, kita kena banyak belajar dari orang berpengalaman,” katanya.
Walaupun baru menceburi lakonan, sebenarnya nama Uqasha pernah menjadi sebutan apabila dikaitkan kontroversi bercium dengan pelakon dan pelawak Nabil Ahmad. Sejak itu, akui Uqasha, ke mana saja dia pergi orang menggelarnya Uqasha Nabil.
Walaupun cerita itu sudah basi dan tidak mahu ingin diingat lagi, Uqasha tidak mampu menghalang cakap orang yang masih menggelarnya dengan panggilan itu.
“Saya tidak mahu lagi dikaitkan dengan dia. Biar orang kenal saya kerana bakat dalam bidang lakonan, bukan dibayangi peristiwa lampau. “Bukan mudah berjaya dalam hidup dan mengejar impian. Banyak dugaan perlu dilalui dan aya tidak mahu hidup terus dipalit cerita tidak elok.
“Biar gosip datang dalam bentuk sihat dan sedap didengar. Saya mahu terus berada di dalam industri ini atas kaki sendiri,” katanya.
Pelajar jurusan perniagaan ini juga akui, selepas apa yang berlaku dulu, dia lebih berhati-hati memilih kawan kerana bimbang pisang berbuah dua kali.
No comments:
Post a Comment